Our profile

Our profile

      • Kolej Tingkatan Enam Sri Istana

      • Pada Oktober 2015, Majlis Penggabungan (Engagement) telah diadakan di SMK Sri Istana sebagai Pusat Tingkatan Enam di Klang,Selangor.  Tanggal 31 Disember 2015, Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan Enam Atas 2016 daripada 3 buah sekolah iaitu SMK Dato’ Hamzah, SMK (P) Bukit Kuda dan SMK Methodist (P). Tujuan program ini untuk memperkenalkan kepada para pelajar pusat tingkatan enam yang baharu.

        Pada 2 Januari 2016, bermulalah operasi Mod 2 di SMK Sri Istana sebagai sekolah pusat tingkatan enam yang terdiri 3 buah sekolah. Jumlah guru tingkatan enam ketika itu ialah seramai 30 orang. Pada 22 Oktober 2016,  Taklimat Khas Pengoperasian dan Majlis Penggabungan (Engagement) Pusat Tingkatan Enam Daerah Klang di SMK Sri Istana.

        Pada 3 Januari 2017, bermulanya operasi Mod 1 sebagai Kolej Tingkatan Enam Sri Istana, Klang yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu: SMK Dato’ Hamzah, SMK (P) Bukit Kuda, SMK Methodist (P), SMK Tengku Ampuan Rahimah dan SMK Methodist (ACS). Jumlah guru pada tahun 2018 ialah seramai 97 orang termasuk pengetua dan 2 orang guru Bimbingan & Kaunseling. Jumlah staf  sokongan pula seramai 9 orang. Sekolah terakhir yang terlibat dalam pengoperasian pusat tingkatan enam ini adalah SMK Syahbandaraya pada tahun 2018 melibatkan 25 orang guru.  

      • LOGO KTESI

        • Lambang yang digunakan meliputi empat konsep utama ilmu pengetahuan iaitu jasmani, emosi, rohani & intelek
        • Tiga bulatan yang berjalin adalah pengaruh positif yang membentuk individu dalam aspek moral, mental & fizikal
        • Anak panah melambangkan darjat kerohanian atau idealisme falsafah yang membimbing kehidupan
        • Buku yang terbuka melambangkan anak kunci yang membuka pintu ilmu pengetahuan
        • Rantai bersambung melambangkan aspek kejasmanian, kemasyarakatan serta kebudayaan yang menokok kepada perkembangan yang lebih seimbang
        • Warna oren/ jingga melambangkan kematangan dan kesungguhan
  • LAGU KOLEJ
    TAJUK: KTE SRI ISTANA

    Ciptaan : En Badrul Hisham bin Tajul Hasnan


    Di sini kita berdiri bersama,
    Menuju menara memacu dunia,
    Sematkanlah di dada, ke satu hala,
    Menara gading misinya.


    Pelajar bestari harapan kami.
    Mencapai wawasan nusa tercinta
    Amalkan teknologi, dan jati diri,
    Menjunjung rukun negara


    KTE Sri Istana cemerlang,
    KTE Sri Istana gemilang,
    Berjiwa murni dan penyayang,
    Matang pemikiran.


    KTE Sri Istana cemerlang.
    KTE Sri Istana gemilang,
    Pendidikan diutamakan
    Cerah masa depan,
    Cerah masa depan

  • PELAN  BANGUNAN KTESI 2025

     

     
  • Number of visits since 14 July 21

    Number of visits: 14348