Addmissions

Addmissions

    • PRA PENDAFTARAN PAKEJ PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN

    • Pra pendaftaran secara atas talian untuk pelajar lepasan SPM yang telah menerima tawaran masuk ke KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA akan bermula pada 26 Mei 2025, jam 12:00 tengahari.

      Sila baca arahan dengan teliti sebelum memulakan pendaftaran. Sebelum membuat pendaftaran pakej sila sediakan dokumen di bawah dalam bentuk pdf atau jpeg untuk melancarkan proses muatnaik dokumen:

      1. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam
      2. Slip keputusan SPM
      3. Kad pengenalan pelajar (bahagian hadapan sahaja)

      Pelajar hanya dibenarkan mengisi borang pendaftaran ini sekali sahaja. Pihak pentadbiran akan membatalkan pendaftaran jika pelajar isi lebih daripada sekali.

      Isi borang menggunakan huruf besar. Pastikan ejaan dan maklumat diisi dengan teliti, betul dan tepat.

      Pastikan pelajar mengisi semua maklumat dan klik submit untuk melengkapkan pendaftaran. Sila semak email untuk memastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran, semak spam jika anda tidak menerima email tersebut. 

      Bawa dokumen di bawah semasa hari pendaftaran 10 JUN 2025. 

      1. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam di Kolej Tingkatan Enam Sri Istana , (dokumen asal dan salinan)
      2. Slip keputusan SPM (dokumen asal dan salinan)
      3. Kad pengenalan pelajar (dokumen asal dan salinan)
      4. Salinan Kad pengenalan ibubapa/penjaga
      5. Salinan slip gaji ibubapa/penjaga
      6. Yuran Pendaftaran (klik di sini untuk senarai bayaran)

       

      KLIK DI SINI UNTUK PRA PENDAFTARAN 2025