Cocuriculum
PENDAFTARAN KOKURIKULUM 2024
SILA BACA ARAHAN DAN INFORMASI DI BAWAH DENGAN TELITI
Pendaftaran Kokurikulum secara Online untuk pelajar Semester 1 akan bermula pada 17 JULAI 2024, jam 12:01 pagi - 03:00 petang. Pelajar wajib mendaftar untuk setiap unit, kelab dan sukan permainan dan diminta untuk memilih SATU sahaja daripada setiap kategori unit yang disenaraikan seperti dibawah. Terdapat tiga kategori unit yang perlu dipilih iaitu Unit A - Badan Beruniform, Unit B - Kelab/Persatuan dan Unit C - Sukan Permainan.
Jika pelajar memilih lebih daripada satu, bagi setiap kategori, Unit Kokurikulum berhak menggugurkan mana-mana kelab/persatuan/badan beruniform/sukan permainan tanpa notis.
Setiap kelab/persatuan/badan beruniform/sukan permainan mempunyai bilangan ahli yang terhad. Sila daftar segera.
Pelajar yang tidak mendaftar sehingga tarikh tutup tidak akan dibenarkan untuk memilih kelab/persatuan/badan beruniform/sukan permainan, di mana ia akan ditentukan oleh Unit Kokurikulum.
Sila klik di sini untuk mendaftar
KLIK PILIHAN DIBAWAH UNTUK SENARAI KELAB/PERSATUAN , UNIT BERUNIFORM DAN SUKAN PERMAINAN